top of page

TENTANG SK HAMZAH

New Building 2014

Old Building 1955

FALSAFAH KAMI

 

We are world 2020

(Kita bertaraf dunia 2020)

 

FALSAFAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

/  VISI SEKOLAH

01

/  MISI SEKOLAH

02

"The school is the First to achieve world-class excellence in education the year 2020 by implementing a system of education glorious Intelligent, Realistic and Sure policy to it further Trust achieving this goal."

FIRST

Semua warga sekolah berhasrat mencapai keunggulan dalam pendidikan pada tahun 2020 dengan melaksanakan Pendidikan secara cerdas dan mengamalkan dasar realistik serta mempunyai keyakinan penuh kepadanya dan percaya akan mencapai cita-cita tersebut.

LAGU SEKOLAH

 

Kami datang dari desa,

Dengan tekad mulia,

Menambah ilmu di dada,

Menuju cita-cita.

 

Bersatu hati jiwa raga,

Dalam barisan jaya,

Kami ibarat satria,

Berjaya di mata dunia.

 

SK Hamzah, sekolah jaya

Bimbingan guru tercinta,

SK hamzah, tetap bercahaya,

Bagai suria terangi jiwa.

 

Pada guru kami sanjung,

Harapan tinggi menggunung,

Restu Tuhan maha agung,

Matlamat sentiasa terulung.

01

/  VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Logo ini direka menggunakan huruf "Alif" sebagai konsep teras. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf "Alif" itu. Alif juga memberi pengertian ilmu kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga dikelasifikasikan sebagai pengetahuan dan kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga ditakrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan.

 

Logo ini menggunakan dua "P" dan dua "Alif" melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Huruf "P" yang bertingkat ke arash Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti lagi mulia.

/  LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

03

03

/  MOTO SEKOLAH

 

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 

02

/  MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara."

1.  Bekerjasama di antara kami, semua warga sekolah dan pelanggan untuk menghasilkan kualiti yang maksimum yang cemerlang-gemilang dari segi pendidikan, dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 

2. Menjalin hubungan yang baik serta berdiplomasi dengan semua pelanggan yang berurusan dengan kami.

 

3. Menyelesaikan urusan dengan pelanggan mengikut ketepatan masa yang diperuntukkan lebih kurang 30 minit dan diharapkan bersabar.

 

4.  Melaksanakan arahan-arahan dan saranan daripada pelanggan mengikut ketetapan masa yang diperuntukkan sebagai bukti kerjasama terhadap mereka demi melicinkan urusan semua pihak.

 

5.  Memberi maklumat yang tepat dan terkini dari masa ke semasa mengikut keperluan.

 

“NULLI SECUNDUS”  atau  “TIADA YANG KEDUANYA”

 

Nulli Secundus” ialah perkataan Latin. Ia membawa erti tiada yang keduanya. Ini bermakna sekolah ini berperanan terbilang dimana tiada sebuah sekolah pun yang dapat melepasinya. Isu ini juga telah menjadi Visi dan Misi sekolah ini.

“Warga sekolah ini beriltizam untuk mendidik setiap orang murid dengan menyemai nilai-nilai keagamaan, ilmu pengetahuan, nilai-nilai murni danpemikiran saintifik agar mereka berjaya menjadi murid cemerlang terhadap diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.

 

Warga sekolah juga akan menjadikan Falsafah Pelajaran Kebangsaan sebagai garis panduan dalam usaha membimbing anak didik menjadi insan yang kamil.”

/  WAWASAN SEKOLAH

04

/  FALSAFAH SEKOLAH

05

1.    Murid-murid di sekolah ini adalah mempunyai    kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya dengan ini peluang yang seluas-luasnya patut diberi kepada murid-murid di sekolah ini untuk memperkembangkan inetelek itu.

 

2. Golongan pendidik di sekolah ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan ikhtisas serta kepercayaan profesional untuk memberi pendidikan yang sempurna menyeluruh dan bermutu bagi memajukan pelajar.

 

3. Sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan kemudahan fizikal dan tenaga pengajar yang dedikasi memikul tanggungjawab bagi melahirkan manusia yang boleh memberi sumbangan yang positif kepada nusa dan bangsa.

 

4. Membudayakan teknologi maklumat dalam kendalian urusan pendidikan pada semua peringkat.

/  PIAGAM PELANGGAN

06

/  LAGU SEKOLAH

07

04

/  PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Pelan ini telah dirangka bagi menhadapi cabaran abad ke-21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini memberi tumpuan kepada cara membangun dan meneruskan perkembangan, serta menambaik sistem pendidikan secara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan ini dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus seperti berikut:

 

1.   Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, peningkatan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid, serta memaksimumkan keberkesanan sistem.

 

2.   Mewujudkan visi aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13v tahun yang seterusnya sehingga 2025.

 

3.   Menggariskan program tranformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuklah perubahan utama dalam Kementerian. yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang  meningkat serta menyokong transformasi pendidikan awam.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

08

Address:
Hadapan MDM,

18500 Machang Kelantan Darul Naim,

Malaysia

skhamzah4.wix.com/pages
Tel: +609-9751094
Fax: +609-9758509

© 2014 HAMZAH PRIMARY SCHOOL. Proudly created with Wix.com 

  
  • b-facebook
  • Twitter Round
  • b-youtube
bottom of page