top of page

Majlis Pelancaran Bilik Penanda Aras LINUS..

 

Majlis pelancaran bilik penanda aras linus ppd machang. Ucapan dibuka dengan ucapan dengan dipengerusikan oleh Guru Besar SK Pangkal Nering. Ucapan aluan dengan selingan pantun memeriahkan suasana. Ucapan kedua dibuat oleh Penolong Pengarah Sains dan matematik JPN  Kelantan. Beliau mengingatkan tentang kepentingan adanya program ini Pencapaian Daerah Machang adalah memuaskan dgn pencapaian 3 tahun berturut-turut 100%. PPD Machang adalah PPD  yg kedua membuat pelancaran seperti ini selepas Daerah Tumpat. Ucapan ketiga atau perasmian oleh En Nordin Ahmad Timbalan Ketua PPD Machang mewakili Ketua PPD Machang. Beliau telah menegaskan supaya sekolah menjaga pencapaian LINUS supaya supaya murid dpt membaca, menulis dan mengira lebih awal. Seharusnya setiap daerah ada bilik penanda aras bukan sahaja LINUS tetapi  juga lain-lain seperti pusat sumber sekolah dan lain-lain. Beliau telah merasmikan majlis tersebut.

 

Oleh Haji Roseli Bin Hasbullah

Muatnaik pada 24/01/2015

Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 2015

 

Program Transisi merupakan satu program yang telah di rangka dengan tujuan untuj membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendifikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di tahun 1 sekolah rendah.
 

Matlamatnya adalah supaya murid yang mempunyai pelbagai latarbelakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pendidikan secara formal.
 

Ojektifnya ialah memberi pendedahan kepada murid - murid dengan suasana persekitaran persekolahan yang baru dan mewujudkan hubungan mesra dan kasih sayang antara kawan-kawan dan guru.Sehubungan dengan itu sepanjang tiga minggu program ini berlangsung pelbagai aktiviti di jalankan bagi memperkembangkan potensi diri murid dalam bidang kognitif, bahasa, psikomotor dan fizikal.antara aktiviti yang dijalankan pertandingan mewarna, pertandingan tulisan cantik bahasa melayu dan bahasa arab serta sukaneka.
 

 

Oleh Puan S.Norly

Muatnaik pada 01/02/2015

PENCERAPAN e-CAKNA SUDAH BERMULA

 

5 Cenderawasih was observed by PKP today 2/2/2015 at 9.15_10.15 during English period. He gave suggestions on the arrangement of the 21st century class corners. He also commented on the pupils' handwriting.

 

posted by Pn. Aswidani Aziz

on 02/02/2015

 

MAJLIS PEMUAFAKATAN IBUBAPA DAN GURU MURID TAHUN 6

 

Pada 5 Februari 2015 telah berlangsung satu majlis yang penuh bermakna bagi sk Hamzah iaitu Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru serta Aku Janji Murid Tahun 6 bertempat di Dewan Tahun Enam. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ust Muhammad Hakimi diikuti dengan ucapan alu- aluan oleh Penolong Kanan Pentadbiran En Azmi b Hashim. Seterusnya Guru Besar Tuan Haji Roseli bin Hasbullah memberikan ucapan, taklimat mengenai prrogram-program sekolah dan strategi untuk mencapai target 5A dan meningkatkan nilai Gred Purata Sekolah.

 

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran 2 orang wakil PPD iaitu En Azmi b Daud (Penolong pegawai PPD unit Bahasa Melayu) dan En Hazmi b Ariffin (Penolong pegawai PPD pengurusan kurikulum). En Hazmi menyampaikan ucapan antara lain beliau meminta semua pihak bekerjasama melonjakkan kedudukan keputusan UPSR Pejabat Pendidikan Daerah Machang melalui program-program intervensi yg dirancang. Seterusnya beliau merasmikan majlis tetsebut.

 

Akhir sekali, Ketua Pengawas membacakan ikrar Akujanji diikuti dengan menandatangani kain rentang persetujuan pencapaian. Majlis tamat pada pukul 11.00 pagi.

 

MURID TARGET CEMERLANG 5A 2015

 

Calon UPSR bagi tahun 2015 ialah 147 orang.Murid target 5A adalah 30 orang.Peratus lulus yang disasarkan pada tahun ini ialah 85% dengan GPS ialah 1.99.Murid target ini terdiri daripada murid kelas 6 Anggerik dan 6 Angsana iaitu seramai 16 orang pelajar perempuan dan 14 orang pelajar lelaki.

 

 

Address:
Hadapan MDM,

18500 Machang Kelantan Darul Naim,

Malaysia

skhamzah4.wix.com/pages
Tel: +609-9751094
Fax: +609-9758509

© 2014 HAMZAH PRIMARY SCHOOL. Proudly created with Wix.com 

  
  • b-facebook
  • Twitter Round
  • b-youtube
bottom of page