
HAMZAH PRIMARY SCHOOL
Sekolah Kebangsaan Hamzah 18500 Machang, Kelantan
SINCE 1955
Majlis Penyampaian Bantuan Bag Sekolah
Majlis penyampaian bantuan bag sekolah untuk murid miskin pend.khas telah disempurnakan oleh YBrs. En Mazlan b. Mahasan Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Hamzah. Sumbangan tersebut telah diberi oleh Ketua Chef Renaissance Hotel KB melalui Mr. King. Seramai 17 murid penerima yang layak, majlis tersebut telah dilaksanakan pada hari Khamis 29 Januari 2015.
Sumbangan ini juga bagi meringankan beban keluarga yang ditanggung.
Muatnaik oleh En. Mohd Suhaimi bin Yaacob
Pada 29/01/2015

Program Kelas Kondusif Program Pend.Khas Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) 2015
Tarikh:12/2/2015
Masa: 7.45pg-12.45 tghr
Tempat: Blok PPKIBP Sk Hamza
Program Kelas Kondusif ini merupakan program yg melibatkan tenaga semua guru Pend.Khas, pembantu pengurusan murid dan semua murid Pend.Khas. Melalui program ini akan dapat mewujudkan bilik darjah dan suasana pdp yg lebih kondusif. Program ini juga dpt menyemai amalan murni iaitu sikap bantu membantu dan bekerjasama di kalangan semua warga PPKIBP
