
HAMZAH PRIMARY SCHOOL
Sekolah Kebangsaan Hamzah 18500 Machang, Kelantan
SINCE 1955
PROSES KEMASUKAN SEKOLAH

Warga Pendidik dan Kakitangan Sokongan Sekolah Kebangsaan Hamzah
ALIRAN PERDANA (Umur 7 hingga 12 Tahun)
Persekolahan wajib untuk murid sekolah rendah ialah dari umur 7 tahun hingga umur 12 tahun. Sekolah ini menyediakan tempat dan alatan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran serta prasarana fizikal dengan kapasiti lebih daripada 1 000 orang murid.
Kami membahagikan murid kepada tahap satu dan tahap 2. tahap satu ialah murid dari tahu satu hingga tahun 3. kesemua murid akan mengikuti 3 minggu transisi pada tahun satu dan seterusnya mengikuti program LINUS+ bagi memastikan mereka mencapai tahap minima membaca, menulis dan mengira serta Bahasa Inggeris. Mata pelajaran Bahasa China diberi secara alternatif kepada murid yang telah menguasai LINUS+.
Kesemua murid akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran dibawah KSSR dan diuji melalui PBS.
Pendaftaran akan dibuka sepanjang bulan Mac setiap tahun bagi murid berumur cukup 5 tahun dan 6 tahun pendaftaran. Ibubapa atau penjaga boleh muat turun borang dari butang di bawah untuk diisi dan bawa bersama salinan asal sijil lahir anak, salinan fotostat sijil lahir,kad pengenalan bapa, kad pengenalan ibu atau penjaga, bukti tempat tinggal seperti bil air, bil elektrik atau lain-lain serta satu sampul surat beralamat sendiri dan bersetem secukupnya untuk pos.
PRASEKOLAH (Umur 6 Tahun)
​Prasekolah Sekolah Kebangsaan Hamzah mempunyai 3 kelas. Dua kelas adalah kelas biasa boleh menempatkan seramai 25 murid setiap kelas. Jumlah murid yang boleh ditempatkan ialah seramai 50 orang. Jadi pihak sekolah hanya mampu menyediakan peralatan fizikal dan peralatan lain hanya untuk 50 orang murid sahaja.
Sebuah kelas lagi ialah Kelas Prasekolah Integrasi yang boleh menempatkan secara maksimanya 5 orang. bilangan murid kecil kerana diperuntukkan kepada kanak-kanak yang tergolong dalam kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU). Biasanya murid yang ditempatkan dikelas ini mempunyai kes hiperaktif, slow learner atau mempunyai masalah pembelajaran. Murid-murid kelas ini akan dibimbing sehingga mereka dapat mengurus diri dan menyediakan diri untuk memasuki klas Pendidikan pada tahun satu nanti. Cara kemasukan biasanya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Murid kelas Prasekolah integrasi dan murid kelas prasekolah biasa akan diajar oleh seorang guru yang dilatih khas untuk mengendalikan prasekolah dan dibantu oleh Pembantu Prasekolah. Urusan permohonan untuk masuk kelas prasekolah dibuka pada bulan Ogos pada setiap tahun melalui borang boleh dimuaturun butang dibawah.
INTEGRASI (Umur 7 hingga 14 Tahun)
​Kelas Integrasi ialah kelas untuk murid yang terdiri dari murid-murid tergolong dalam kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU). Mereka mempunyai kelemahan dan bermasalah dalam pembelajaran. Sekolah ini ditempatkan kumpulan ini yang terdiri dari kumpulan yang boleh urus diri dan tiada kecacatan fizikal.
Sekolah ini menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran termasuk kemudahan fizikal dan tenaga pengajar dari kalangan guru terlatih. Walaupun bilangan yang kecil prasarana yang ada boleh menguruskan murid dari tahun satu sampai ke tahun enam.
Kumpulan murid ini juga mengikuti pembelajaran mengikut kaedah yang sama dengan aliran perdana iaitu KSSR dan melalui penilaian PBS.
Pendaftaran murid tidak secara terbuka seperti murid aliran perdana. Ada beberapa cara kemasukan selain melalui prasekolah integrasi. Boleh diterima kemasukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dari aliran perdana jika mendapat pengesahan doktor.
Borang permohonan boleh didapati daripada muaturun dari butang di bawah dan membuat pemeriksaan doktor.
Muaturun borang permohonan >
Muaturun borang permohonan>
Muaturun borang permohonan >