top of page

MAJLIS JASAMU DIKENANG

JASAMU DIKENANG

Majlis diadakan sempena persaraan Ust Mokhtar b. Mohd Isa dan Mohd Azman b Mohd Yusof, manakala guru yang bertukar Pn. Azilawati Ahmad, Pn. Nor Azma Omar dan Pn Rohaida. Tetamu disambut dengan perarakan bunga manggar dan diiringi denga paluan kompang oleh pasukan kompang Sk. Hamzah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan daripada Tuan Guru Besar dan ucapan tetamu yang dirai. Majlis diserikan lagi dengan persembahan murid dan acara memotong kek. Majlis juga dimeriahkan juga dengan penyampaian cenderahati kenang kenangan daripada warga Sk. Hamzah. Majlis diakhiri dengan majlis jalinan kasih antara pelajar dengan tetamu yang dirai.

 

PN. Hasmah bt Teh

Muatnaik pada 28/01/2015

 

MAJLIS BANTUAN PASCA BANJIR PERINGKAT SEKOLAH SK.HAMZAH 

 

Khamis , 29 Januari 2015 . Jam 12 : 30 Tgh . Berlangsung di Dewan Angsana Sk.Hamzah . Dirasmikan oleh En. Azmi bin Daud , Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Bahasa Melayu . Seramai 99 orang pelajar dan ibu bapa yang terlibat . Bantuan ini berupa beg sekolah , alat tulis dan wang tunai sebanyak RM 50 sumbangan daripada PTPTN . Dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang terlibat dengan banjir .

 

 

PN. Hasmah bt Teh

Muatnaik pada 29/01/2015

 

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN PRASEKOLAH SK HAMZAH 

 

Sabtu 31/01/2015 bermula 8.30 pagi unit tugas-tugas khas Hem bersama pekerja sekolah menjalankan satu gotong royong menebang dan membersihkan sisa pokok di padang sekolah dan sekitar prasekolah Sk Hamzah. Aktiviti ini diketuai oleh En. Hazran bersama guru-guru Unit tugas-tugas khas Hal Ehwal Murid. Bahagian persegaran disediakan oleh guru-guru perempuan iaitu Pn. Noora, Pn. Hasmah Teh Pn. Rola Aizah, PPM Samsul Aniza, Pn. Noor Azlina dan Pn. Suzieliana. Gotong royong ini juga turut dimeriahkan oleh kehadiran Tuan Guru Besar Tn.Hj.Roseli b. Hasbullah dan Pk Hem , Pn. Farahida bt Omar. Gotong royong dapat dijalankan dengan jayanya.

 

 

Pn. Noor Azlina bt Abdul Rashid

Muatnaik pada 31/01/2015

 

 

Majlis Pelantikan Penjawat Jawatan Rasmi SK Hamzah

 

Ahad,1 Feb 2015 - Majlis berlangsung di Dataran Bitara, SK Hamzah bermula pukul 8.00 pagi. Majlis ini dirasmikan oleh Sub Inspektor Alias bin Abas, Bahagian Narkotik IPD Machang. Seramai 320 orang murid terlibat termasuk pengawas dan ketua kelas PPKIBP. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid yang terlibat bahawa pelantikan mereka diiktiraf oleh pihak sekolah.

 

Pn. Maziyana bt Mustafa

Muatnaik pada 01/02/2015

 

 

MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA 2015

 

Mesyuarat Ajk Pibg SK Hamzah Bil 1/2015 telah diadakan pada 09/02/2015 , jam 2 petang bertempat di Dewan Warisan Pibg. Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Madya Haji Zulkarnain bin Yusoff n semua ajk hadir kecuali ajk di kalangan ibu bapa iaitu Tuan Haji Rosli b Sheikh Salim n Puan Hajah Norma bt Hassan. Mesyuarat membincangkan perkara di dalam agenda n tertumpu kepada aktiviti yang di rancang untuk tahun ini. Antaranya mengadakan kelas malam pibg , penubuhan alumni , kem motivasi UPSR , kerohanian , mendirikan pondok menunggu ibu bapa , mural n mesyuarat agung pibg 2015. Mesyuarat juga memutuskan tarikh mesyuarat agung pada 09 /03/2015 n akan menjemput pengarah pelajaran kelantan Haji Hussin b Awang sebagai perasmi. Mesyuarat dtangguhkan pada jam 4:45 petang.

 

 

CERAMAH MAULIDURRASUL DI UiTM MACHANG

 

Program bulan penghayatan islam di bawah anjuran uitm machang bertempat di dewan HDR pada pukul 10 hngga 12.30 tghri. Wakil dari sekolah hamzah diketuai oleh Pkp Encik Mazlan Mahasan,Pn Hasmah Teh, Pn. Hamidah Yaakub, En. Rosdan Mat Ali, En.Shamsul Bahari dan Cik Siti Nur Hani. Intipati daripada program ialah berkisar tentang risalah Nabi Muhammad s.a.w. Program telah tamat dengan jayanya.

 

 

 

 

Address:
Hadapan MDM,

18500 Machang Kelantan Darul Naim,

Malaysia

skhamzah4.wix.com/pages
Tel: +609-9751094
Fax: +609-9758509

© 2014 HAMZAH PRIMARY SCHOOL. Proudly created with Wix.com 

  
  • b-facebook
  • Twitter Round
  • b-youtube
bottom of page