top of page

INOVASI BARU SEKOLAH KEBANGSAAN HAMZAH

 

Satu lagi kejayaan SK Hamzah ialah telah berjaya menemukan teknik terbaru untuk menyelesaikan masalah rangkaian komputer di sekolah ini. Oleh kerana perkembangan yangs angat pesat pengguna yang terdiri dari Guru, Pelajar, Kakitangan dan Warga sekolah maka lebih banyak tuntutan untuk mewujudkan rangkaian dan terminal supaya semua pengguna dapat mengakses rangkaian 1Bestarinet dan Streamyx supaya dapat digunakan untuk melayari pelbagai perisian sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Oleh kerana kekurangan modal untuk menyediakan rangkaian kabel ke seluruh sekolah pihak sekolah khususnya unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi sekolah telah membuat penyelidikan bagi mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Kajian telah dibuat mulai dari bulan November 2014 hingga 31 Januari 2015 dan pengujian dari 01/02/2015 hingga 03/02/2015 telah menampakkan hasil yang positif dan tidak dijangka.

 

Dapatannya, Kita sudah berjaya menggerakkan data dari internet keseluruh bangunan sekolah melalui wayar elektrik, iaitu soket ke soket, dengan hanya modal sekitar RM 300.00. Dengan kejayaan ini maka satu lagi INOVATIF BARU sekolah ini yang kita dapat banggakan. Walaupun sudah berjaya setakat ini, sekolah ini masih lagi berusaha untuk mencari lebih banyak faedah yang mungkin dapat dibuat.

 

Inisiatif ini hasil penyelidikan dari journal dan buku-buku dari dalam dan luar negara melalui internet dan perbincangan dengan pakar ICT termasuklah dari University of Auckland. Inovasi ini kami namakan HPN atau Hamzah Powerline Networking.

SK HAMZAH CADANGKAN CARA BARU UNTUK BAYAR YES SEMASA PERSIDANGAN MGB KELANTAN

 

Memandangkan isu internet khasnya 1Bestarinet telah lama menjadi masalah sekolah seluruh Malaysia. MGB Machang mencadangkan supaya cara bayaran kepada Syarikat YTL untuk 1Bestarinet oleh KPM diubah cara berdasarkan peratus bekalan yang diterima. Pihak sekolah (Guru Besar) diberi tugas membuat perakuan bekalan yang diterima seperti pengesahan bayaran syarikat kebersihan dan keselamatan. Potongan dibuat sekiranya tidak memenuhi bekalan yang dibuat. Dicadangkan supaya jumlah potongan itu disalurkan kepada sekolah berkenaan dan dibenarkan untuk memilih mana-mana vendor yang boleh membekalkan secara sempurna kepada sekolah.

 

Address:
Hadapan MDM,

18500 Machang Kelantan Darul Naim,

Malaysia

skhamzah4.wix.com/pages
Tel: +609-9751094
Fax: +609-9758509

© 2014 HAMZAH PRIMARY SCHOOL. Proudly created with Wix.com 

  
  • b-facebook
  • Twitter Round
  • b-youtube
bottom of page