top of page

PENTADBIR

SELAMAT DATANG,

 

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia kepada semua pengunjung laman web Sekolah Kebangsaan Hamzah, 18500 Machang, Kelantan Darul Naim. Pertamanya saya sebagai Ketua Pentadbir atau Guru Besar sekolah ini mengucapkan terima kasih kerana pengunjung telah meluangkan masa untuk mengunjung sekolah kami walaupun dalam medium maya.

​
Sejak awal lagi, seawal tahun sebelum tahun 1955 sekolah ini telah wujud sebagai sebuah sekolah berpengantar Bahasa Inggeris yang pertama dalam Daerah Machang. Ianya mewujudkan kelas yang dipanggil "Special Malay". Sekolah kemudiannya dikenali dengan nama panggilan "SRK" atau namanya ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Hamzah dengan pengantar dalam Bahasa Inggeris. Akhirnya SRK Hamzah telah ditukarkan nama kepada Sekolah Kebangsaan Hamzah. Hamzah ialah nama salah seorang putera daripada kalangan kerabat diraja Negeri Kelantan. Seterusnya, oleh kerana sekolah mempunyai ramai bilangan pelajar, Sekolah Kebangsaan Hamzah telah dibahagikan kepada dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Hamzah dan Sekolah Kebangsaan Hamzah (2), dimana akhirnya Sekolah Kebangsaan Hamzah (2) telah berpindah ke bangunan baru di Kampung Padang Selising, Machang.

 

Sekolah ini juga dikenali SK Hamzah telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang sehingga mendapat pelbagai anugerah-anugerah prestij di peringkat Nasional mahupun negeri atau daerah. Anugerah  tertinggitersebut termasuklah Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 2001 dan Anugerah Kualiti Sekolah Cemerlang 2007. Kejayaan cemerlang yang warga sekolah ini yang tidak dapat dilupakan ialah memenangi empat dari lima Anugerah Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 2006 hingga tahun berikutnya. Anugerah Kualiti Inovasi 2006, Anugerah Sekolah Cemerlang 2007, Anugerah Kualiti Kumpulan Meningkat Mutu Kerja 2008, Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan 2010. Sebelum itu, pihak sekolah juga tidak sunyi dari menjadi penerima Anugerah peringkat daerah dan negeri.

 

Akhir sekali, pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Malaysia, pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah Machang, PIBG SK Hamzah, Alumnai SK Hamzah dan semua warga sekolah termasuk guru-guru dan kakitangan sokongan dan swasta yang telah membantu sekolah ini dalam semua urusan.

 

Sekian dan terima kasih.

HAJI ROSELI HASBULLAH,​

Ketua Pentadbir Sekolah

Guru Besar

HAJI ROSELI BIN HASBULLAH

Doc.(IT),Msc.(SE), BIT.(hons), BSc.(hons),Dip.(DBM),

Sijil Perguruan(MTC Penang).

Address:
Hadapan MDM,

18500 Machang Kelantan Darul Naim,

Malaysia

skhamzah4.wix.com/pages
Tel: +609-9751094
Fax: +609-9758509

© 2014 HAMZAH PRIMARY SCHOOL. Proudly created with Wix.com 

  
  • b-facebook
  • Twitter Round
  • b-youtube
bottom of page