
HAMZAH PRIMARY SCHOOL
Sekolah Kebangsaan Hamzah 18500 Machang, Kelantan
SINCE 1955
BERITA MINGGUAN
TAKWIM MINGGUAN
Hari Pertama Persekolahan 2015..........
Posted January 11, 2015
Pada awal pagi 11 Januari, 2015 awal pagi lagi telah kelihatan murid-murid sekolah ini telah berbaris-baris untuk menyertai perhimpunan hari pertama pesersekolahan. Pada hari itu, semua warga sekolah ceria hari pertama. Murid-murid yang menyertai RMTS pagi-pagi lagi telah siap makan pagi. Selepas pengerusi majli, Ustaz Mohd Suhaimi telah membaca doa khas yang dikeluarkan oleh PPD Machang. Kemudian diikuti ucapan Guru Besar. Antara lain Guru Besar berpesan agar semua murid hadir ke sekolah walaupun ianya mangsa banjir. Pesanan penting daripada beliau ialah supaya belajar bersungguh-sungguh untuk dapat membaiki nasib diri sendiri, keluarga, agama dan bangsa.

Program Transisi Tahun Satu
Posted January, 11 2015
Proram Transisi untuk murid tahun Satu 2015 sudah bermula. Sekolah ini telah menjalankan program ini dalam dua kumpulan murid tahun satu. Tahun Satu Aliran Perdana dan Tahun Satu Murid Integrasi. Dua kumpulan ini terpaksa dipisahkan kerana mereka perlu mengalami proses suaikenal yang berbeza. Transisi ialah sebahagian daripada proses pembelajaran yang mana ianya lebih kepada aktiviti suaikenal. Aktiviti adalah dirancang supaya ianya sesuai dengan murid tahun satu.
Disekolah ini terdapat dua kumpulan tahun satu. Tahun satu aliran perdana ialah tahun satu bagi murid yang normal tanpa sebarang kekurangan. Jadi program mereka adalah mengikut standard murid normal. Manakala kumpulan kedua pula ialah kumpulan murid istimewa yang mempuyai kekurangan. Mereka akan mengikuti aktivi yang sesuai untuk mereka.


Tahniah Cikgu Azira dah bersalin baby girl.
AKAN DATANG
AHAD 18 JANUARI, 07:45 PAGI
Pelancaran Program Membaca NILAM 2015
RABU 04 FEBRUARI, 12.20 T.HARI
Mesyuarat Guru kali ke 2 2015
SELASA 22 JANUARI, 07.45 PAGI
Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah 1436 H
RABU 28 JANUARI, 10.45 PAGI
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sekolah Kali Ke 2 '15
SELASA 21 JANUARI, 01.30 PTG
Mesyuarat unit-unit kelab dan persatuan (guru dan murid)
PANDUAN TAKWIM ( Ruj. Mesy. 1)
Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2015
Posted January 14, 2015
Pada rancangan asal pihak sekolah di arahkan supaya program penyampaian BAP akhir bulan nanti. Ianya mungkin terlewat sedikit memandangkan keperluan ini perlu disegerakan untuk mengatasi masalah menyediakan keperluan sekolah selepas musibah banjir. PPD Machang telah menetapkan supaya pihak sekolah segerakan buat bayaran bagi membantu keluarga mangsa banjir. Majlis telah diadakan pada 14 Januari, 2015 jam 02.00 ptg. Penyampaian telah dirasmikan oleh En. Eriandi Dato' Ismail Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang.


Perjumpaan Pengawas SK Hamzah 2015
Posted January, 15 2015
Kumpulan pengawas ialah organisasi sekolah yang menjadi pembantu kepada guru dalam beberapa bahagian pengurusan sekolah supaya ianya dapat dilaksanakan dengan baik. Sekolah ini pada awalnya hanya mempunyai satu kumpulan sahaja. Kemudian telah berkembang kepada beberapa kumpulan seperti Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Musolla, Pengawas Kokurikulum dan terakhir ialah Briged Bestari.
Kumpulan Pengawas adalah merupakan kumpulan murid yang mempunyai kelebihan dalam skor kokurikulum walaupun ianya nampak bertugas dalam bidang lain di sekolah.
Tujuan utama perjumpaan pada 15 Januari, 2015 jam 01.20 tengahari adalah menjelaskan semua dengan penambahbaikan tugasan dan membuat perlantikan jawatankuasa kerja mereka untuk bertugas pada tahun 2015.
Kesemua Guru Dari Luar telah lapor diri..
Posted January, 15 2015
Kesemua guru dari luar daerah dan luar negeri yang telah ditugaskan ke sekolah ini telah melapor diri. Namun begitu, hanya seorang guru Agama dari Kuala Krai terpaksa kembali balik ke sekolah asal untuk menyelesaikan tugasannya akibat dari musibah bajir.
Sekolah ini juga kehilangan 2 orang guru yang bersara, Cikgu Mohd Azman dan Ustaz Maktar. 2 orang guru pula telah bertukar iaitu Cikgu Azilawati dan Cikgu Norazma. Saat-saat akhir pula pihak sekolah terpaksa melepaskan Cikgu Kamaliah PKKO bertukar ke SK Pak Roman untuk memulakan tugas PK HEM sekolah tersebut.

Pelancaran Program Nilam 2015
Posted January 18, 2015
Pada masa perhimpunan sekolah yang kedua 2015 Unit Pusat Sumber Sekolah telah melancarkan program NILAM peringkat sekolah bagi tahun 2015. Antara lain tujuannya ialah untuk memupuk budaya membaca dikalangan murid sekolah ini. Adalah diharapkan agar naluri ingin membaca akan melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya membaca sepanjang hayat. Selain itu, juga untuk melahirkan tokoh murid yang berketerampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat kepimpinan, berani berhadapan di khalayak ramai, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas. Majli dikelolakan oleh Cikgu Nik Faizas dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK hamzah.


Persiapan untuk majlis Maulidur Rasul
Posted January, 21 2015
Penyediaan bunga rampai utk majlis maulidurrasul bertempat di anjung seri ppkibp.Persediaan bermula jam 10.15 pg disertai oleh j/kuasa penyediaan bunga rampai di ketuai oleh ustzh Haliza.Ahli j/kuasa ialah Tn.Maznah, Siti Nor, Fadilah Mamat, Hashimah Mamat, Rosmanita, Wan Raihan dan Norazlina.Daun pandan sumbangan Mohd Nazri.Penyediaan bunga rampai bertujuan utk memeriahkan majlis sambutan maulidurrasul yg akan berlangsung pada 22/1/2015.


Sekitar mesyuarat kokurikulum Unit Beruniform dan Kelab/Persatuan kali pertama 2015. Masing-masing pasukan memilih Ahli Jawatankuasa.
Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah
Posted January 22, 2015
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah tahun 2015 pada 22 Januari 2015 bersamaan 01 Rabiul Akhir 1436H bertempat di Dataran Bitara dan Dewan Solat Utama Masjid Sultan Yahya Petra bertemakan "Perpaduan Nadi Tranformasi Negara". Objektifnya, melahirkan rasa kecintaan dan kasih sayang kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dikalangan warga sekolah khususnya murid-murid. Tentatifnya, 7.45 pagi ; murid mula berkumpul di Dataran Bitara, dimulai dengan doa seterusnya PKP memberi ucapan perasmian bagi mewakili Guru Besar. Seterusnya perarakan murid bersama guru dengan iringan selawat menggunakan kenderaan Jabatan Penerangan Daerah dan lalu lintas dikawal oleh anggota polis trafik IPD Machang. Sementara di masjid, ceramah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Haji Mohd Zawawi b. Mohammad, PPD Tanah Merah. Seterunya murid berarak pulang ke kawasan sekolah untuk meneruskan tentatif program. Sekian, terima kasih.







